fisa

dungun, terengganu, Malaysia
this blog is specially created for all FiSA members. This is the medium where all of us can share our opinions, ideas, get new information and many more!

Friday, March 4

tahniah.

maaf atas kelewatan mengemaskini blog. ada masalah teknikal sikit. haaa, kali ni nak cerita pasal family dayyyy yang berlansung pada 26 feb yang lalu. walaupun hanya 28 ahli fisa yang hadir, akan tetapi kita berjaya merangkul tempat kedua tewas dengan hanya 4 mata dari tempat pertama. ulangan, EMPAT MATA TEWAS. akan tetapi, kami tetap bangga dengan pencapaian pada hari itu. kalau dibandingkan dengan ahli kelab lain, kelab kita yang paling sikit ahli yang hadir. terus terang, kami agak kecewa. akan tetapi, apabila melihat semangat mereka yang hadir, perasaan kecewa tu semua ditolak tepi. masing masing bersungguh sungguh bersukaneka dan hasilnya amat memuaskan. tahniah kepada ahli fisa yang hadir menyumbangkan tenaga dan mengorbankan masa anda. tahniah dan terima kasih dari kami, exco fisa.









 p/s: tiada istilah manjakan siapa siapa dalam tampuk pemerintahan kali ini. semoga lebih ramai yang melibatkan diri dalam aktiviti yang akan datang. what's next???? dinner! :)

Thursday, February 24

FD

hello hello hello! fisa datang lagi dengan pengumuman yang menarik!!! apa dia??? haaaaa, sabtu ini bersamaan dengan 26 FEBRUARI 2011, akan diadakan satu aktiviti yang mencabar minda, menguji ketahanan fizikal dan yang paling penting, menilai kerjasama berkumpulan antara ahli. ini lah masa nyaa untuk ahli ahli fisa bersatu dan bekerjasama antara satu sama lain dan secara tidak langsung mengatasi kelab lain. haha macam dasyat jee bunyi nyaa. tak, bukan la ada apa apa yang dasyat pun, cuma FAMILY DAY. di sini, kami selaku exco fisa, dengan segala hormatnyaaa ingin menjemput anda semua selaku ahli fisa untuk memeriahkan lagi FAMILY DAY faculty of business. banyak aktiviti yang menarik akan diadakan, kalah jom heboh youuuu! mari sama sama datang dan menyertai aktiviti aktiviti yang dipertandingkan. dan yang penting, kita punya YDP jadi MC untuk hari tu! aktiviti akan bermula seawal jam 7.30 pagi, bangun subuh, siap siap terus gi PADANG TENGGOL.bersama samalah kita memartabatkan lagi kelab kita. amin.

clear up your schedule, mai pakat ramai ramai gi family day! apa yang penting? KERJASAMA!

p/s: semua diWAJIBkan untuk memakai baju MERAH okayyyy.

Thursday, February 17

attention!

salam. kepada semua ahli FISA. family day akan diadakan pada 26 FEBRUARI 2011 di STADIUM GEMILANG. kepada sesiapa yang belum membayar RM3 untuk family day ini, silalah berbuat demikian sebelum ahad 20 FEBRUARI 2011. harap maklum :)

thank youuu.

salam. di sini diselitkan gambar gambar sempena sambutan maulidur rasul yang lalu. thanks for those who came. diharapkan lebih ramai yang akan menghadirkan diri dimasa hadapan.


















Saturday, February 12

sambutan maulidur rasul

salam kepada semua pembaca. seperti yang anda semua sedia maklum, pada 15 FEBRUARI 2011 (SELASA) .satu sambutan Maulidur Rasul akan dijalankan. jadi bagi menyemarakkan lagi sambutan ini, pihak UiTM Dungun akan mengadakan satu perarakan Maulidur Rasul. bagi mereka yang berminat untuk melibatkan diri sambil beramal dan mendekatkan diri dengan Rasul kita, anda semua bolehlah berkumpul di STADIUM GEMILANG seawal 7.30 pagi. di sini disertakan aturcara sambutan pada hari tersebut;

7.30 pagi:    Para peserta berkumpul di Stadium Gemilang.
8.00 pagi:    Selawat ke atas Rasulullah SAW.
8.15 pagi:    Perarakan Maulidur Rasul dimulakan.
8.45 pagi:    Tiba di Dewan Aspirasi - makan pagi
9.15 pagi:    Berkumpul di dalam Dewan Aspirasi.
9.30 pagi:    Ucapan Ketua CITU dan pengarah kampus.
10.00 pagi:  Tayangan Dokumentari.
10.30 pagi:  Deklamasi puisi 1.
10.35 pagi:  Persembahan pentomen " Sirah Junjungan".
11.05 pagi:  Deklamasi Puisi 2.
11.15 pagi:  Persembahan nasyid.
11.45 pagi:  Deklamasi Puisi 3.
11.55 pagi:  Pengumuman keputusan pertandingan perarakan.
12.15 t/hari: Pencapaian cenderamata.
                          1. Hakim pertandingan.
                          2. Pemenang pertandingan
12.30 t/hari: Bersurai.

** DRESS CODE: Lelaki- Berbaju melayu dan bersongkok hitam.
                              Perempuan- Berbaju kurung dan bertudung hitam.
 
anda dikehendaki memakai pakaian yang berwarna merah, atau biru, atau ungu, atau hijau SAHAJA (perempuan terutamanya, lelaki diberi kelonggaran). dan diwajibkan berKASUT, selipar tandas atau flip flop adalah DILARANG sama sekali.

MAI PAKAT JOIN RAMAI RAMAI. TAKKAN TAK NAK BERAMAL KOTTT. ;p

Monday, February 7

ada cerita hot!

salam kepada semua ahli fisa. di sini ada satu pengumuman penting, menarik lagi hangat! kami selaku exco fisa telah bersepakat untuk mengadakan satu pertandingan mencipta logo FISA. seperti yang dihajatkan oleh penasihat fisa kita, En. Zaimi, beliau berharap agar kelab kita mempunyai satu logo yang tersendiri. jadi, bagi menunaikan hajat beliau, satu pertandingan mencipta logo akan diadakan. haaa! masa ni la anda semua boleh tunjukkan bakat seni masing masing. basah kan semula water colour yang da lama kering tu, keluarkan balik crayon yang dah lama disimpan! Tunjukkan bakat anda dengan menyertai pertandingan ini!! JANGAN LUPA, HADIAH MENARIK MENANTI ANDA! berikut disertakan sekali syarat dan terma pertandingan;

1. TERBUKA kepada semua warganegara FISA dari part 1 hingga Part 5
2. Setiap peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan. Hanya SATU logo akan dipilih sebagai pemenang utama.
3. Rekabentuk logo hendaklah hasil ciptaan yang ASLI dan mengikut KREATIVITI masing-masing.
4. Setiap logo yang dikemukakan perlu mempunyai perkataan FISA.
5. Logo yang dikemukakan mestilah kreatif, inovatif dan moden serta melambangkan FISA berdaya saing, berdaya tahan dan mempunyai personaliti yang tersendiri.
6. Rekabentuk logo hendaklah menggunakan ELEMEN WARNA KORPORAT.
7. Setiap penyertaan yang dihantar mestilah disertakan dengan PENJELASAN maksud logo.
8. Rekabentuk logo hendaklah dalam saiz A4.
9. Semua logo yang dihantar adalah Hak Milik FISA.
10. Pihak FISA berhak untuk menggunakan atau mempamerkan logo yang telah dipilih dalam mana-mana acara
11. Setiap peserta hendaklah mengembalikan borang penyertaan dalam bentuk ’soft copy’ dan ’hard copy’ (format PDF)
12. Keputusan akhir pemilihan oleh panel penilai adalah MUKTAMAD.
13. Tarikh akhir penghantaran penyertaan adalah sebelum atau pada 21 Februari 2011dan akan diserahkan pada setiap ketua bagi setiap PART.

haaa! apa tunggu lagi, stop buat apa sahaja yang anda tengah buat sekarang, mula melukis sekarang! :)


Saturday, January 29

permulaan baru. keluarga baru.

salam hormat, salam berbahagia. seperti yang kita semua sedia maklum, tampuk jajahan exco fisa yang lama sudah bertukar kepada kepimpinan yang baru. jadi, sempena perubahan ini, kami selaku exco fisa telah bersetuju untuk melakukan sedikit pembaharuan supaya kelab kita menjadi lebih menarik! jadi, sebagai langkah pertama, blog ini ditubuhkan sebagai satu medium untuk kita semua berhubung. tema atau dengan lebih tepat, moto kepimpinan yang baru adalah, bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. kami ingin membentuk sebuah keluarga baru yang di mana, kita bukan hanya berhubung atas dasar kelab tetapi berhubung seperti satu keluarga. melalui blog ini, kita akan saling berkongsi pendapat serta informasi baru. terima kasih bagi anda yang sudah meluangkan masa di blog ini. jadi, jalankan tanggungjawab anda, sebarkan mengenai blog ini kepada ahli yang lain! sekian. :)