fisa
- fisa uitm Dungun
- dungun, terengganu, Malaysia
- this blog is specially created for all FiSA members. This is the medium where all of us can share our opinions, ideas, get new information and many more!
Thursday, February 17
thank youuu.
salam. di sini diselitkan gambar gambar sempena sambutan maulidur rasul yang lalu. thanks for those who came. diharapkan lebih ramai yang akan menghadirkan diri dimasa hadapan.

Saturday, February 12
sambutan maulidur rasul
salam kepada semua pembaca. seperti yang anda semua sedia maklum, pada 15 FEBRUARI 2011 (SELASA) .satu sambutan Maulidur Rasul akan dijalankan. jadi bagi menyemarakkan lagi sambutan ini, pihak UiTM Dungun akan mengadakan satu perarakan Maulidur Rasul. bagi mereka yang berminat untuk melibatkan diri sambil beramal dan mendekatkan diri dengan Rasul kita, anda semua bolehlah berkumpul di STADIUM GEMILANG seawal 7.30 pagi. di sini disertakan aturcara sambutan pada hari tersebut;
7.30 pagi: Para peserta berkumpul di Stadium Gemilang.
8.00 pagi: Selawat ke atas Rasulullah SAW.
8.15 pagi: Perarakan Maulidur Rasul dimulakan.
8.45 pagi: Tiba di Dewan Aspirasi - makan pagi
9.15 pagi: Berkumpul di dalam Dewan Aspirasi.
9.30 pagi: Ucapan Ketua CITU dan pengarah kampus.
10.00 pagi: Tayangan Dokumentari.
10.30 pagi: Deklamasi puisi 1.
10.35 pagi: Persembahan pentomen " Sirah Junjungan".
11.05 pagi: Deklamasi Puisi 2.
11.15 pagi: Persembahan nasyid.
11.45 pagi: Deklamasi Puisi 3.
11.55 pagi: Pengumuman keputusan pertandingan perarakan.
12.15 t/hari: Pencapaian cenderamata.
1. Hakim pertandingan.
2. Pemenang pertandingan
12.30 t/hari: Bersurai.
** DRESS CODE: Lelaki- Berbaju melayu dan bersongkok hitam.
Perempuan- Berbaju kurung dan bertudung hitam.
anda dikehendaki memakai pakaian yang berwarna merah, atau biru, atau ungu, atau hijau SAHAJA (perempuan terutamanya, lelaki diberi kelonggaran). dan diwajibkan berKASUT, selipar tandas atau flip flop adalah DILARANG sama sekali.
MAI PAKAT JOIN RAMAI RAMAI. TAKKAN TAK NAK BERAMAL KOTTT. ;p
Monday, February 7
ada cerita hot!
salam kepada semua ahli fisa. di sini ada satu pengumuman penting, menarik lagi hangat! kami selaku exco fisa telah bersepakat untuk mengadakan satu pertandingan mencipta logo FISA. seperti yang dihajatkan oleh penasihat fisa kita, En. Zaimi, beliau berharap agar kelab kita mempunyai satu logo yang tersendiri. jadi, bagi menunaikan hajat beliau, satu pertandingan mencipta logo akan diadakan. haaa! masa ni la anda semua boleh tunjukkan bakat seni masing masing. basah kan semula water colour yang da lama kering tu, keluarkan balik crayon yang dah lama disimpan! Tunjukkan bakat anda dengan menyertai pertandingan ini!! JANGAN LUPA, HADIAH MENARIK MENANTI ANDA! berikut disertakan sekali syarat dan terma pertandingan;
1. TERBUKA kepada semua warganegara FISA dari part 1 hingga Part 5
2. Setiap peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan. Hanya SATU logo akan dipilih sebagai pemenang utama.
3. Rekabentuk logo hendaklah hasil ciptaan yang ASLI dan mengikut KREATIVITI masing-masing.
4. Setiap logo yang dikemukakan perlu mempunyai perkataan FISA.
5. Logo yang dikemukakan mestilah kreatif, inovatif dan moden serta melambangkan FISA berdaya saing, berdaya tahan dan mempunyai personaliti yang tersendiri.
6. Rekabentuk logo hendaklah menggunakan ELEMEN WARNA KORPORAT.
7. Setiap penyertaan yang dihantar mestilah disertakan dengan PENJELASAN maksud logo.
8. Rekabentuk logo hendaklah dalam saiz A4.
9. Semua logo yang dihantar adalah Hak Milik FISA.
10. Pihak FISA berhak untuk menggunakan atau mempamerkan logo yang telah dipilih dalam mana-mana acara
11. Setiap peserta hendaklah mengembalikan borang penyertaan dalam bentuk ’soft copy’ dan ’hard copy’ (format PDF)
12. Keputusan akhir pemilihan oleh panel penilai adalah MUKTAMAD.
13. Tarikh akhir penghantaran penyertaan adalah sebelum atau pada 21 Februari 2011dan akan diserahkan pada setiap ketua bagi setiap PART.
haaa! apa tunggu lagi, stop buat apa sahaja yang anda tengah buat sekarang, mula melukis sekarang! :)

Subscribe to:
Posts (Atom)