fisa

dungun, terengganu, Malaysia
this blog is specially created for all FiSA members. This is the medium where all of us can share our opinions, ideas, get new information and many more!

Monday, February 7

ada cerita hot!

salam kepada semua ahli fisa. di sini ada satu pengumuman penting, menarik lagi hangat! kami selaku exco fisa telah bersepakat untuk mengadakan satu pertandingan mencipta logo FISA. seperti yang dihajatkan oleh penasihat fisa kita, En. Zaimi, beliau berharap agar kelab kita mempunyai satu logo yang tersendiri. jadi, bagi menunaikan hajat beliau, satu pertandingan mencipta logo akan diadakan. haaa! masa ni la anda semua boleh tunjukkan bakat seni masing masing. basah kan semula water colour yang da lama kering tu, keluarkan balik crayon yang dah lama disimpan! Tunjukkan bakat anda dengan menyertai pertandingan ini!! JANGAN LUPA, HADIAH MENARIK MENANTI ANDA! berikut disertakan sekali syarat dan terma pertandingan;

1. TERBUKA kepada semua warganegara FISA dari part 1 hingga Part 5
2. Setiap peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan. Hanya SATU logo akan dipilih sebagai pemenang utama.
3. Rekabentuk logo hendaklah hasil ciptaan yang ASLI dan mengikut KREATIVITI masing-masing.
4. Setiap logo yang dikemukakan perlu mempunyai perkataan FISA.
5. Logo yang dikemukakan mestilah kreatif, inovatif dan moden serta melambangkan FISA berdaya saing, berdaya tahan dan mempunyai personaliti yang tersendiri.
6. Rekabentuk logo hendaklah menggunakan ELEMEN WARNA KORPORAT.
7. Setiap penyertaan yang dihantar mestilah disertakan dengan PENJELASAN maksud logo.
8. Rekabentuk logo hendaklah dalam saiz A4.
9. Semua logo yang dihantar adalah Hak Milik FISA.
10. Pihak FISA berhak untuk menggunakan atau mempamerkan logo yang telah dipilih dalam mana-mana acara
11. Setiap peserta hendaklah mengembalikan borang penyertaan dalam bentuk ’soft copy’ dan ’hard copy’ (format PDF)
12. Keputusan akhir pemilihan oleh panel penilai adalah MUKTAMAD.
13. Tarikh akhir penghantaran penyertaan adalah sebelum atau pada 21 Februari 2011dan akan diserahkan pada setiap ketua bagi setiap PART.

haaa! apa tunggu lagi, stop buat apa sahaja yang anda tengah buat sekarang, mula melukis sekarang! :)


7 comments:

  1. adiah dea bgtau la yg sebeno2nye..baru semangat nak join..hehe

    ReplyDelete
  2. jap2, bg kt wakil part?
    mknenye klu utk part 4, bg kt ezuan xpn atiqah la ek? nk anta la wlupon xbpe berbakat..huhuhu..=)

    ReplyDelete